Hari ni Black Mouse tak dapat nak speaking2 sebab isu yang bakal di perkatakan sangat dekat dengan kita, orang Melayu. Makin hari, makin ramai orang kita yang hanyut di laman sosial. Saya sendiri tak terkecuali. Sejak memegang status suri rumah sepenuh masa, habis semua game di laman sosial, saya kerjakan. Tapi bukan itu yang nak saya sentuh. Saya ingin sekali nak sentuh pasal keselamatan diri.
Sejak kawan-kawan meningkat dewasa, masing2 ada kerjaya yang memberi pulangan lumayan. Alhamdulillah, susah payah ibu bapa menghantar kita ke pusat pengajian akhirnya mebuahkan hasil. Maka dapatlah kita lihat `hasil` tersebut di laman-laman sosial. Rumah pertama, kereta pertama, beg tangan designer, kasut designer dan macam-macam lagi kebendaan mewah yang di kongsi di sana. Dan wujud juga golongan yang gemar check-in ke "my crib" atau "my lovely house" di ikuti dengan tag pada kawasan kediaman mewah.
"Rilek la Black Mouse, kau dengki ke tak dapat?". Bukan. Saya nak bercakap pasal isu keselamatan. Dah beberapa kenalan di laman sosial yang saya nampak di rompak. Yang terbaru, kereta di pecah masuk semasa kereta di park dekat porch rumah individu tu sendiri. Mungkin kita rasa selamat share macam2 kemewahan kita sebab semua yang kita add di laman sosial memang stictly friends and relatives. Tapi, tolong pergi jauh sikit. Ramai juga yang saban hari hilang laptop, hilang smartphone, yang mana ada yang tak sempat nak logout pun account laman sosial masing2. Peluang ini boleh saja di gunakan oleh pihak-pihak yang berniat tidak baik.
Bukan niat saya nak halang anda dari kemewahan. Itu wang titik peluh anda, hak anda. Cuma bila nak share di laman sosial, fikir-fikirlah. Mungkin dalam keasyikkan kita nak berkongsi `hasil`dengan kawan2, kita mengundang padah pada diri sendiri. Boleh jadi pendapat Black Mouse ni salah, anda yang bijak pandai tentu boleh decide sendiri yang terbaik untuk diri anda.
Pada Black Mouse, apa yang di miliki, biarlah kawan2 nampak sendiri. Semoga diri Black Mouse ingat dengan pesan sendiri, Insya-Allah. (Ejaan ini di perakui oleh seorang ustaz as acceptable in Malaysia kerana telah di daftar dengan Dewan Bahasa dan Pustaka. Ianya tidak membawa maksud yang bertentangan.)
Ramadhan Kareem
8 years ago
No comments:
Post a Comment